Wednesday 23 October 2013

Betul ke ini Negara Malaysia?

Bila diamati di sekitar Lembah Klang, ternyata warga asing telah mendominasi kawasan tersebut. Persoalannya kemana pergi warga tempatan? Adakah pihak kerajaan hanya berpeluk tubuh tanpa mengambil tindakan ke atas warga asing yang datang secara ‘HARAM’. Isu lambakan warga asing di negara ini bukanlah baru malah ia kian menghantui kita sebagai rakyat Malaysia terutamanya apabila mereka mendominasi kawasan tertentu.


Di beberapa kawasan di Lembah Klang, warga asing yang kita sendiri tidak pasti statusnya sama ada pendatang tanpa izin, pemegang permit masuk yang sah atau pemilik taraf pemastautin tetap (PR) sudah menjadikan ia perkampungan kecil mereka.

Rakyat Malaysia sedia maklum dan tidak menafikan kepentingan warga asing untuk melicinkan kerja-kerja di sektor pembinaan, pembuatan, perkhidmatan dan pembantu rumah. Namun yang menjadi kegusaran apabila ada di kalangan mereka yang mula menjadikan kawasan tertentu sebagai perkampungan kecil hinggakan ada rakyat negara ini terasa seperti menumpang di negara sendiri.

Di kawasan perkampungan kecil itu, mereka umpama berada di negara kelahiran sendiri dan kebal dengan undang-undang apabila bebas menjalankan aktiviti seharian seperti mempunyai kedai runcit dan ketua kawasan sendiri. Ada pula kawasan yang sudah mereka duduki bertahun-tahun lamanya.


Ternyata lambakan warga asing meresahkan rakyat tempatan kerana boleh mengancam kesejahteraan sosial negara terutama dalam aspek kesihatan. Ini kerana, ada diantara pekerja asing yang masuk ke negara ini dengan tidak menjalani pemeriksaan kesihatan yang ditetapkan. Kebanyakan pekerja asing adalah dari negara mundur dan mempunyai tahap pengawalan kesihatan yang rendah. Jabatan Keselamatan dan Kesihatan telah mendedahkan bahawa 80 peratus pekerja asing disektor perladangan telah dikesan sebagai pembawa virus HIV.



Selain itu, kemasukan pekerja asing yang tidak dikawal juga boleh mendatangkan impak kepada peningkatan indeks jenayah di Malaysia. Kelonggaran pengawasan di sempadan negara dan pengurusan yang kurang efisen terhadap pekerja asing terutamanya yang tidak sah telah menyebabkan aktiviti jenayah semakin berleluasa. Diantara aktiviti-aktiviti jenayah yang dikaitkan dengan pekerja asing ialah pergaduhan, rompakan, penyeludupan, pemerdagangan haram, pembunuhan dan juga pelacuran. Pada tahun 2008, Kementerian Dalam Negeri pernah melaporkan bahawa sebanyak 14,809 daripada 37,446 banduan di Malaysia adalah dikalangan pekerja asing yang tidak sah. Tidak mustahil angka ini semakin bertambah dari tahun ke tahun.


Dalam arus kemodenan ini, keperluan kepada pekerja asing adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Sumbangan mereka dalam membantu penjanaan ekonomi negara adalah masih relevan. Namun, apa yang lebih penting ialah kawalan dan penggubalan dasar pengambilan ini perlulah relevan dan selari dengan permintaan semasa supaya kemasukan mereka ini tidak mengancam keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat.

Perokok Punca Jenayah Berleluasa? Oh... tidak!!!

Saya ada seorang abang yang merupakan perokok tegar. Boleh dikatakan sekotak rokok  boleh dihabiskan dalam masa sehari. Sudah “berbuih mulut” mak dan ayah nasihat supaya berhenti merokok. Namun masih gagal bahkan tabiat merokoknya semakin hari semakin kritikal. Mana tidaknya, gaji yang diperoleh setiap bulan hampir separuh digunakan untuk membeli rokok sahaja.



Bertambah teruk lagi apabila kerajaan mengumumkan kenaikan harga rokok baru-baru ini, sekotak mencecah sehingga RM12. Saya boleh bayangkan bagaimana peritnya hidup abang saya sebagai perokok tegar yang terpaksa menghabiskan banyak wang hanya untuk rokok sahaja. Nasib baik masih berstatus “bujang”  kalau sudah berumah tangga lagi peritlah hidup dia.

Kalau dulu saya selalu nampak kotak rokok abang dari jenama yang popular seperti Dunhill, Era dan Marlboro, tetapi sekarang saya nampak rokok yang abang beli dari jenama yang tidak pernah dilihat selama ini. Apabila ditanya, rupa-rupanya itu ialah rokok seludup. Murah pun murah. RM5 sahaja sekotak.


Terdetik di hati untuk menasihati abang supaya berhenti merokok. Merokok bukan sahaja tidak mendatangkan sebarang kebaikan, bahkan boleh mengundang padah. Namun apakan daya saya hanyalah seorang adik. Justeru itu, saya luahkan isi hati menerusi laman blog ini.

Nak dijadikan cerita, baru-baru ini saya terbaca satu artikal yang menyatakan bahawa keuntungan daripada jualan rokok seludup digunakan untuk pembiayaan aktiviti jenayah. Bukan itu sahaja, Rokok seludup juga menyebabkan kerajaan kerugian cukai sebanyak RM2 billion. Bila perokok seperti abang saya membeli rokok seludup, mereka bukan sahaja menyumbang kepada peningkatan kadar jenayah malah dalam masa yang sama akan menyebabkan negara kerugian berbillion ringgit yang mana duit itu boleh digunakan untuk pembangunan dan membantu golongan yang susah.


Seram kan? Patutlah semenjak harga rokok semakin naik, semakin banyak jenayah yang berlaku di Malaysia. Perokok-perokok tegar akan tetap hisap rokok. Jadi, bila rokok sah sudah mahal maka rokok seludup pula jadi pilihan mereka. Sayangnya ramai yang tidak tahu bahawa penjualan rokok seludup adalah sebahagian daripada sindiket jenayah terancang secara global di Malaysia.

Dalam satu artikel NST yang saya pernah baca, keuntungan daripada penjualan rokok tidak sah ini digunakan untuk membiaya kegiatan kumpulan pengganas di seluruh dunia. Bukan kumpulan pengganas yang biasa mahupun tempatan. Memang menakutkan sungguh!

Jika ada di kalangan anda yang selama ini menghisap rokok seludup seperti abang saya, fikir-fikirkanlah mengenai tindakan anda. Merokok bukan sahaja akan menjejaskan kesihatan anda, ia juga turut menyumbang kepada jenayah dan kejatuhan sosial masyarakat kita. Lagi banyak rokok seludup dijual, lagi tinggilah kadar jenayah yang akan berlaku di Malaysia. Adakah anda ingin menjadi salah seorang penyumbang kepada perkara ini? Jika tidak, adalah lebih baik jika anda berhenti merokok. Merokok hanya akan merosakkan hidup anda sendiri, keluarga, masyarakat dan Negara.

Friday 27 September 2013

Apa Sudah Jadi ?

Pendirian Presiden Amerika Syarikat (AS), Barrack Obama menyokong perkahwinan sejenis menjadi perdebatan hangat di seluruh dunia. Ketika sebahagian pihak terutama golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) serta golongan liberal menyokong, banyak juga yang membantah. 

Malaysia tidak terkecuali dari menghadapi masalah ini. Sudah ada golongan LGBT di Malaysia yang berani bersuara untuk menegakkan “hak” mereka. Melalui ucapan Presiden Majlis Aids Malaysia, Tan Sri Muhamad Zaman Khan ada menyatakan bahawa ramai golongan muda lelaki melayu terjebak dengan seks songsang beberapa hari yang lalu. Kes-kes sebegini semamangnya menggusarkan rakyat Malaysia yang masih lagi berpegang teguh dengan agama dan adat resam ketimuran yang kuat.

Jika dahulu pengamal seks songsang ini akan melakukan aktiviti mereka secara “sorok-sorok”, namun kini segalanya berubah apabila ada sebahagian daripada mereka tidak segan silu mahu menunjukkan pasangan gay mereka kepada umum. Malah kelab-kelab gay di alam maya dan di alam sebenar semakin banyak tumbuh dan berleluasa. Kes berat ini umpama barah di peringkat awal dan jika ianya tidak dibendung barah tersebut akan semakin melarat dan boleh mengakibatkan nasib yang buruk di kemudian hari. Sudah lupakah mereka dengan kisah kaum Lut satu ketika dahulu dan bagaimana pula dengan kisah runtuhnya kota Pompei di Rom? Namun kisah ini sudah berkurun abad berlalu. Bagaimana pula dengan kisah sebenar pada hari ini. Adakah luka lama ini akan berdarah kembali atau menjadi lebih teruk lagi.


Masihkah kau ingat? 


Misteri kehilangan seorang pelajar Malaysia di Dublin iaitu Ariff Alfian Rosli, pelajar perubatan tajaan Petronas yang tidak dapat dihubungi oleh keluarganya selama 3 tahun akhirnya terbongkar. Beliau didapati telah berkahwin dengan Jonathan, seorang lelaki warga Dublin sekaligus memalukan agama Islam dan warga Malaysia keseluruhannya.


Turut menggemparkan rakyat Malaysia , Persatuan Gereja Evangelical Malaysia hari ini membuat keputusan tidak mengiktiraf perkahwinan pasangan sejenis, Jessie Chung dan Joshua Beh Soo Kiang, yang berlangsung di Sarawak. Jessie yang dilahirkan sebagai seorang lelaki telah menjalani pembedahan menukar jantina  pada tahun 2003 yang lalu dan melangsungkan perkahwinan secara besar-besaran di Hotel terkemuka di Sarawak. Bahkan perkahwinan mereka turut mendapat restu daripada ibu bapa mereka yang turut menandatangani dokumen perkahwinan mereka.


Sekali lagi kejutan buat rakyat Malayisa apabila seorang paderi, Ouyang Wen Feng yang berkahwin bersama kekasihnya dari Amerika Syarikat, Phineas Newborn III yang merupakan seorang penerbit pementasan Broadway pada sambutan Hari Kemerdekaan 31 Ogos 2011 yang lalu.

Apa sudah jadi dengan rakyat negara kita? Itu antara perdebatan hebat pada hari ini. Saya yakin masih ramai lagi yang di luar sana menjalinkan hubungan terlarang seperi ini. Namun, tidak dihebahkan secara terang-terangan. 

Siapa yang harus dipersalahkan? 

Terdapat beberapa faktor-faktor yang mempengaruhi gejala LGBT. 
  • Faktor pertama ialah pengaruh media social seperti Facebook, twitter, Youtube, dan sebagainya merupakan penyumbang terbesar kepada gejala ini. Media social yang terlalu bebas tanpa kawalan ibubapa menyebabkan anak-anak mudah terjebak dalam gejala ini. 
  • Faktor kedua ialah pengaruh media hiburan yang terlalu banyak memaparkan watak-watak LGBT dalam rancangan yang disiarkan terutama filem dari luar negara. 
  • Faktor ketiga ialah kurangnya didikan agama oleh ibubapa. Agama islam telah melarang sekeras-kerasnya akan gejala LGBT ini. Namun, kesan daripada ceteknya ilmu agama menyebabkan ramai yang terjebak dalam gejala ini. Faktor seterusnya ialah faktor biologi. Kemungkinan seseorang lelaki itu mempunyai bilangan kromosom x dalam DNA yang berlebihan. Oleh itu, perwatakan perempuan akan lebih menonjol dalam diri individu itu daripada perwatakan lelaki. 
  • Faktor seterusnya ialah pengaruh rakan sebaya. Rakan sebaya merupakan faktor yang paling senang menyumbang kepada gejala ini. Seseorang individu itu akan mudah mengikuti rakannya berkelakuan seperti wanita atau menjalinkan hubungan terlarang sesama mereka. Rakan sebaya juga merupakan kumpulan yang paling rapat dengan individu itu selepas keluarganya. Oleh itu, seseoarang individu akan mudah mempercayai akan kata-kata dan ajakan rakannya. 
  • Antara faktor-faktor lain yang menyumbang kepada gejala LGBT ini ialah tekanan social, faktor persekitaran dan naluri yang berbeza dengan fizikal. 
Justeru itu, tidak wajar sekiranya kita hanya menunding jari pada sebelah pihak sahaja. Pokok pangkalnya bermula dari diri sendiri dan keluarga. Seperti pepatah melayu, "satu jari menunding, empat jari menunding kepada diri sendiri".